Uniknya Biskut Butang Yang Kita Kena Tahu
Biskut butang atau biskut icing dan dalam bahasa Inggeris disebut ‘biscuit gems’ yang berwarna warni dan sangat sedap sebagai kudap-kudapan kanak-kanak. Bukan itu sahaja ia juga sesuai sebagai hidangan candy buffet, majlis perkahwinan, akikah, chocolate fountain buffet, birthday party dan doorgift.
Walaubagaimanapun, akhir-akhir ini viral dengan isu halal. Disini ingin saya berikan keunikan memakan biskut butang.
1. Berbentuk bulat dan diatasnya terdapat gula icing yang manis.
2. Nak makan terus masukkan sebiji-sebiji ke dalam mulut untuk merasai kerangupan biskut dan kemanisan gula di atas biskut.
3. Makan biskut butang tak perlu cicah dulu pada kopi atau teh.
4. Kanak-kanak amat suka dengan warna-warni gula icing biskut ini.
5. Antara biskut yang amat lama bertahan di atas muka bumi ni.