TIPS: Cara Buat Trek Olahraga 200 Meter Sukan Sekolah
Setiap tahun di sekolah rendah akan diadakan Kejohanan Balapan Dan Padang atau lebih dikenali sebagai hari sukan sekolah.
Perkara utama yang perlu dibuat ialah menyiapkan trek 200 meter menggunakan minyak hitam. Dulu-dulu minyak hitam free, tapi sekarang dah kena beli beb !!!
Setong dalam 20-30 ringgit.
Disini kepakaran cikgu-cikgu khususnya guru lelaki yang akan dipertanggungjawabkan menyediakan trek olahraga padang sekolah.
Saiz padang mestilah sekurang-kurangnya 43 meter lebar dan 88 meter panjang. Kalau kurang daripada ukuran tersebut, pandai-pandai la cikgu ‘adjust’ ya…
Gambar di bawah adalah sebagai rujukan untuk guru-guru jawatankuasa penyediaan padang untuk membuat ukuran.
Ukuran trek olahraga 200 meter dan 100 meter
Minimum panjang dan lebar padang ialah 88 meter x 43 meter