Umrah DIY Ekslusif Hotel 5 Bintang
Sedikit perkongsian mengenai perjalanan Umrah Diy kami buat ramai yg bertanya.. Moga dapat memberi manfaat kepada sesiapa yg memerlukan.. Wallahualam ☺️
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
🕋 Step by step flow pengurusan umrah diy :
📌 BOOKING FLIGHT TICKET
kami pilih multi city (Kul – Med, Jed -Kul).. harga return tix utk premium flight dalam range 2.3k ~ 2.8k.. kalau last min book, standby la 3k++ 😂
Oman Air |
📌 BOOKING HOTEL
hotel Makkah & Madinah boleh book via OTA or book direct di website hotel. kami book melalui Agoda.. boleh compare jarak ke Haram via google maps n sila gigih baca hotel reviews.. 😃
Hotel |
📌 KURSUS UMRAH
kami attend kursus umrah percuma anjuran Tabung Haji @ Surau TH (setiap Sabtu 9am ~ 12pm)
📌 SUNTIKAN VAKSIN
boleh dapatkan suntikan meningitis di mana2 klinik swasta or boleh tanya juga di KK jika mereka ada balance stock haji.. (kami tak ambil vaksin ni)
📌 SAUDI TOURIST VISA
kami apply online 3 weeks b4 fly, tak sampai 5 minit siap! valid setahun from the date issued and boleh stay, up to 90days @ 🇸🇦 per entry
📌 HARAMAIN HIGH SPEED RAILWAY TICKET
kami booking ticket HHSR 🚅 from Madinah ~ Makkah online, a week b4 fly.. Alhamdulillah travel by HHSR jimat masa perjalanan as compared with Saptco bus.. 2 jam 30 minit dah sampai!
📌 TRAVEL & MEDICAL INSURANCE
untuk cashless travel Insurans, kami pilih Tripcare Etiqa 360 Takaful (better pilih gold or platinum coverage) & untuk Medical card pula kami pilih Al Khairi Care instead of Medic Pilgram coz coverage yg lebih tinggi
📌 SIM CARD
kami beli Celcom 3GB umrah sim card kebetulan ada promo buy 1 free 1, Dec 2019.. boleh juga beli sim card dgn telco di sana seperti Zain, mobily & etc.. beli awal dari sini lebih mudah untuk yg plan nak book Uber or Careem di airport nanti once dah sampai
📌 MUTAWIF/ MUZAWWIR
bagi yg diy dan pertama kali buat umrah, biasanya akan upah mutawif (dari kalangan ustaz ustazah or students 🇲🇾 di sana) untuk membimbing umrah.. atau juga Muzawwir untuk penceritaan sejarah semasa ziarah luar.. kami tak ambil khidmat mutawif.
📌 TRAVEL ITINERARY DOCUMENTS
kami print n compilekan semua booking & Insurans policy, photostat passport n visa at least 5 copies & simpan contact no dan alamat kedutaan 🇲🇾 di 🇸🇦 sebelum fly
📌 UMRAH LEAVE
Jangan lupa apply cuti & kebenaran keluar negara especially utk government servant. 😃
📌 KELENGKAPAN UMRAH
pakaian ihram, jubah2, uncang kasut kami guna semula yg dah ada dari umrah sebelum ni.. Alhamdulillah masih elok lg, jimat ☺️
***Notes 📝
🕋 Pemberat utama kos umrah diy adalah terletak pada flight tix & hotel.. jika dpt harga promo airlines tix to Madinah or Jeddah, or tak kisah naik AirAsiaX dan tak kisah stay di hotel 3⭐️ dgn jarak 400m ke Al Haram atau lebih.. penjimatan adalah lebih besar dan kos keseluruhan umrah diy, lebih murah..
**untuk trip kali ni, kami pilih untuk stay di hotel 5⭐️ dgn jarak yg dekat dgn Haram..
🕋 Umrah diy sgt sesuai untuk yg biasa travel dan menguruskan perjalanan sendiri tanpa agen.. KOS BUKAN FAKTOR UTAMA pilihan melakukan umrah secara diy.. terdapat banyak TA yg menawarkan pakej umrah budget sekitar 5k per pax untuk yg tidak kisah stay sebilik 4 ke 5 orang dengan jemaah yg baru dikenali.. pada kami, privacy & time flexibility bermusafir secara diy adalah yang paling utama dan tak dpt dibeli dgn wang ringgit..
🕋 Umrah melalui TA atau diy keduanya ada pros & cons.. yg penting kedua2nya bertujuan baik iaitu untuk mengunjungi Baitullah, melakukan ibadah umrah & menziarahi Rasulullah SAW.. Umrah secara diy melatih diri menjadi good planner & independent.. manakala umrah bersama TA pula melatih diri jadi lebih sabar dan flexible dgn kerenah some group members, pengurusan masa apabila melibatkan jumlah ahli yg ramai & layanan TA kalau tak sesuai dgn citarasa.. Alhamdulillah, kami dah merasa kedua2nya.. ☺️
🕋 Perjalanan umrah secara diy lebih bebas dari segi masa & aktiviti.. tidak terikat dengan jadual agen, ada waktu untuk ke sana ke sini mengikut kemahuan diri, tidak terikat dgn waktu makan buffet di hotel, boleh berlama2 dan beriqtikaf di Haram, boleh tukar or tambah plan last minute, ada waktu untuk mendalami, mengagumi, merenungi di setiap tempat yg dilawati.. dan ada peluang menikmati pelbagai jenis makanan di kedai / restoran berbeza di sana.. terpulang pada citarasa setiap individu..
🕋 Kos tourist visa ke Saudi 🇸🇦 berbanding visa umrah adalah lebih murah, proses utk dapatkan TV individual secara online sekitar 3 ke 5 minit sahaja.. gambar visa pun kami snap guna hp je berlatar belakang dinding putih! segala transaksi pembayaran kami guna BigPay kad, selain dpt collect points, conversion rate rendah dan berbaloi!
🕋 Kebiasaannya diy travellers ke 🇸🇦 akan ambil package cashless medical & travel Insurans sebelum ke sana.. kami pilih Etiqa Tripcare 360 Takaful, Syariah complient bersama2 dengan Al Khairi Care sebagai perlindungan dari sebarang keadaan yg tidak diingini sepanjang tempoh permusafiran di sana.. pemegang kad Al Khairi Care boleh dapatkan rawatan outpatient, cashless di bawah SR1.7k (yg juga cover pre existing illnes) di Private Hospital Albayt Medical Centre, Zam Zam tower or Al Dar Hosp Madinah.. boleh gunakan GL dari Etiqa pula jika kos rawatan outpatient di sana melebihi SR3k or admited..
Boleh contact agen Al Kahiri untuk keterangan lanjut :
http://www.wasap.my/60125191230/AlKhairiMedicCard
🕋 Pengangkutan awam seperti Uber, Careem, Umrah Cab, Saptco VIP express bus, Haramain High Speed Railway, Maleem bus sgt2 memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yg lain.. tiada masalah bahasa In Syaa Allah coz mereka biasanya English speaking driver.. boleh juga menggunakan teksi Ujrah di sana tapi make sure ‘kautim’ dulu harga dan cuba tawar sehingga dapat lebih kurang rate harga uber or careem.. ticket HHSR 🚅 dan Saptco bus juga boleh dibeli secara online or walk in..
🕋 Menguruskan sendiri perjalanan, penempahan dan segala urusan berkaitan Umrah diy lebih puas hati, di samping dapat menimba ilmu & pengalaman yg sgt berharga.. sebelum tourist visa diperkenalkan Saudi lagi, ramai jemaah telah mengerjakan ibadah umrah secara diy dgn membayar upah kepada TA yg akan membantu menguruskan visa umrah.. Dgn adanya tourist visa, jemaah/ travellers boleh mengunjungi tempat2 pelancongan atau tempat bersejarah dalam Saudi tanpa halangan seperti ke Thoif, Riyadh dan sebagainya selain mengerjakan ibadah umrah dan visa valid sehingga setahun.. Visa umrah hanya valid untuk 30 hari dan kawasan keberadaan jemaah hanyalah limited kepada Makkah, Madinah dan Jeddah sahaja.. walaubagaimanapun, visa umrah sekarang ni yg semakin meningkat naik harganya, masih lagi reliable untuk jemaah2 TA khususnya warga emas atau jemaah2 yg uzur yg memerlukan rawatan percuma di Hospital awam Makkah / Madinah..
**pemilihan visa yg sesuai dengan keperluan jemaah & pengetahuan tentang perbezaan kedua2 visa umrah atau Saudi tourist visa amat penting tak kira sama ada jemaah pergi secara diy atau melalui TA..
🕋 Walaupun bukan pertama kali mengerjakan ibadah umrah, kami tetap luangkan masa beberapa kali ke kursus umrah percuma anjuran Tabung Haji di surau TH setiap Sabtu 9am ~ 12.30pm, untuk revise semula ilmu berkaitan rukun dan ibadah umrah serta mendapatkan info berkaitan muzakarah haji / umrah yg terkini..
🕋 Tiada masalah bagi yg baru pertama kali menunaikan ibadah umrah utk mengatur perjalanan umrah secara diy.. Ramai yg pergi umrah pertama kali secara diy, mengupah mutawif dan muzawir (students 🇲🇾/ ustaz ustazah) di sana untuk membimbing ibadah umrah & ziarah mereka..
🕋 After all, perjalanan umrah diy tetap tidak sama dgn travel sendiri ke negara2 lain.. Sebagai tetamu Nya, bermusafir untuk beribadah ke Makkah & Madinah menuntut kita sentiasa berserah sepenuhnya kepada Allah.. segala ilmu dan ilham melakukan umrah diy adalah dengan izin Nya.. Sentiasa menjaga tertib dan betulkan niat, In Syaa Allah, semuanya akan dipermudahkan.. sesungguhnya Dia bukan menjemput pada yg mampu, tetapi jemputan Nya hanya pada yg YAKIN dan RINDU.. Moga kita semua sentiasa dijemput sebagai duyufurrahman sebelum ajal menjemput kita.. 🤲🏻🤲🏻🤲🏻
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷 🌷🌷🌷🌷🌷🌷
🕋 Dzulanis Umrah Diy 2020 🕋
1. FLIGHT TICKET
Oman Air ✈️🇲🇾🇴🇲🇸🇦✈️
🛫 KUL – MED (transit Muscat) 27/1/2020
🛫 JED – KUL (transit Muscat) 5/2/2020
Total return ticket for 2 of us : RM4650
💰RM2325 per pax
2. ACCOMODATION
🏢 Millennium Al Aqeeq Madinah
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ hotel
a minute walk to Gate 17 Al Haram 🕌
3 minutes walk to Gate 25 (Raudhah for woman)
27th Jan to 30th Jan : RM1117
🏢 Zam Zam Pullman Makkah
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ hotel
Zam Zam tower, 50meter to Al Haram 🕋
30th Jan to 5th Feb : RM2600
Total cost for accommodation : RM3717
💰RM1858.50 per pax
3. SAUDI TOURIST VISA
Total cost for visa : RM1012
💰RM506 per pax
4. CASHLESS TRAVEL INSURANS
Etiqa 360 Takaful : RM110
💰RM55 per pax
5. MEDICAL CARD
Al Khairi Care : RM80 (valid for 16days @ 🇸🇦)
💰RM40 per pax
6. TRANSPORTATION
🕌 MADINAH 🕌
🚙 Uber :
Madinah Airport to Millennium Al Aqeeq Hotel : RM30
Millennium Al Aqeeq Hotel to HHSR Station (Madinah) : RM26
🚌 Zyara Bus :
Masjid Nabawi 🕌 to Masjid Quba 🕌, Qiblatain, Al Khandaq & Jabal Uhud ⛰
RM15 x 2 : RM30
🚅 Haramain High Speed Railway (HHSR):
Madinah to Makkah, RM160 x 2 : RM320
🕋 MAKKAH 🕋
🚙 Uber :
HHSR Station (Makkah) to Pullman Zam Zam Hotel : RM28
🚌 Saptco Bus :
Masjidil Haram 🕋 to Tanaim 🕌 : RM12
🚖 Teksi Ujrah :
Masjidil Haram 🕋 to Jabal Nur ⛰ : RM30
Pullman Zam Zam Hotel to Jeddah Airport : RM150
Total cost for transportation : RM626
💰RM313 per pax
7. MEAL
🥐🍚🍗🍔🍝🍤🍦🍕 x 10 hari : RM450
💰RM225 per pax
8. SIM CARD
Celcom Umrah sim card 3GB : RM68
(promo buy 1 free 1)
💰RM34 per pax
💵 GRAND TOTAL PER PAX : RM5356
** hotel 5⭐️, bilik berdua, jarak sgt dekat dgn Al Haram, premium flight & travel by Haramain High Speed Railway from Madinah ~ Makkah
** kami dah survey 2 ke 3 TA untuk package umrah stay di Zam Zam Pullman Hotel, bilik berdua & travel by HHSR 🚅 from Madinah to Makkah utk date yg kami mahukan, kesemuanya menawarkan harga bermula RM6800 per pax.. 😅 jadi pilihan diy adalah lebih jimat utk kami
** kami dapat banyak info yg dikongsi oleh otai2 umrah diy melalui group telegram forum umrah diy & fb page forum umrah diy.. boleh join link group di bawah jika berminat ☺️
FORUM UMRAH DIY
https://t.me/forumumrahdiy
#CatatanUmrahdiy2020 #dzulanisKembaraHaramain
Sumber FB Backpack Ke Mekah