Cara Mudah Mengisi Soal Selidik Kajian Indeks Perpaduan Untuk Guru

Panduan Pengisian Soal Selidik Kajian Indeks Perpaduan di Sekolah untuk Guru
LANGKAH 1
Log Masuk DELIMA
Layari laman DELIMa melalui https://portal.moe-dl.edu.my/
Pastikan paparan seperti yang berikut muncul pada skrin. Klik pada butang biru Log Masuk

Setelah Klik log masuk. Masukkan ID serta kata laluan DELIMa anda.

LANGKAH 2
Klik pada menu Guru
Klik Maklum Balas
LANGKAH 3
Klik Soal Selidik Indeks Perpaduan
Pada skrin Maklum Balas, klik ikon 2. Soal Selidik Indeks Perpaduan
LANGKAH 4
Pilih Zon Sekolah
Pilih zon mengikut lokasi sekolah anda.
Contohnya: jika sekolah berada di Perak, maka pilih Zon Utara.
Pautan hanya akan aktif pada tarikh yang ditetapkan.
LANGKAH 5
Klik untuk Mula
Klik untuk mula dan sila jawab semua soalan dalam borang soal selidik dengan jujur dan bertanggungjawab.
Tahniah !!! anda telah berjaya mengisi soal selidik ini…..