10 Kelebihan Kerja Kerajaan
Kerja kerajaan adalah antara pekerjaan yang dipandang tinggi. Bukan hanya kerana gajinya yang tinggi, tetapi juga kerana kelebihan-kelebihan kerja kerajaan itu sendiri.
Jika anda sedang berusaha untuk menjadi penjawat awam, anda perlu tahu 10 kelebihan yang akan anda perolehi sekiranya anda berjaya bergelar penjawat awam.
1๏ธโฃ ๐๐ฎ๐ท๐ถ
Jika dahulu tarikan utama sektor swasta adalah dari segi gaji permulaan yang tinggi, kini dengan perkembangan ekonomi negara, gaji permulaan penjawat awam juga telah meningkat setara dengan sektor swasta. Situasi ini menyebabkan ramai yang mula memilih kerja kerjaan kerana gaji dan juga kelebihan-kelebihan lain apabila bekerja sebagai kaitangan kerajaan.
Selain daripada itu, semua penjawat awam mempunyai kadar kenaikan gaji tahunan yang akan diperolehi setiap tahun.
2๏ธโฃ ๐๐น๐ฎ๐๐ป
Terdapat pelbagai elaun diberikan kepada penjawat awam untuk memudahkan dan juga memberikan kelebihan sebagai kakitangan kerajaan. Antara elaun yang diberikan kepada kakitangan kerajaan adalah Elaun Rumah dan Elaun Sara Hidup (COLA โ Cost of Living Allowance). Terdapat juga elaun khas seperti Elaun Kritikal untuk jawatan-jawatan tertentu.
3๏ธโฃ ๐๐๐๐ถ
Satu lagi kelebihan kerja kerajaan adalah cuti yang agak banyak jika dibandingkan dengan sector swasta. Bagi pekerja am, cuti diberikan sebanyak 20 hari manakala untuk golongan professional, cuti sebanyak 25 hari diberikan. Ini tidak termasuk cuti sakit dan juga cuti bersalin yang boleh digunakan sehingga 3 bulan.
4๏ธโฃ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ๐ป
Semasa anda mula mendapat pekerjaan sebagai kakitangan kerajaan, anda akan diberikan pilihan untuk mencarum skim Kumpulan Wang SImpanan Pekerja (KWSP) atau Skim Pencen. Rata-rata ramai yang kerja kerajaan akan memilih untuk mendaftars dengan Skim Pencen kerana faedah skim pencen itu sendiri. Dengan skim Pencen, pesara akan tetap mendapat sebahagian gaji bulanan walaupun telah bersara. Inilah yang dikatakan duit pencen.
5๏ธโฃ ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐
Ramai yang menganggap bahawa apabila diterima untuk bekerja sebagai pejawat awam, status mereka sebagai pekerja adalah selamat. Dengan erti kata lain, mereka tidak mudah untuk dibuang kerja. Fakta ini dahulunya ada benarnya, kini kerajaan telah mewujudkan โexit polisiโ untuk kes-kes tertentu yang juga boleh menyebabkan penjawat awam dibuang kerja.
6๏ธโฃ ๐ฃ๐ถ๐ป๐ท๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป
Satu lagi kelebihan kerja kerajaan adalah setiap penjawat awam boleh membuat pinjaman daripada kerajaan untuk pembelian rumah, tanah mahupun perkara-perkara lain. Kelayakan pinjaman adalah berdasarkan gaji penjawat awam tersebut. Ramai yang memilih menggunakan pinjaman kerajaan kerana kadar bayaran bunga yang lebih rendah berbanding pinjaman bank konvensional.
7๏ธโฃ ๐ก๐ฎ๐ถ๐ธ ๐ฃ๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐
Kenaikan pangkat dalam institusi kerajaan lebih mudah berbanding dengan swasta. Kenaikan pangkat dalam institusi kerajaan kebanyakannya bergantung kepada seniority dan pengalaman.
8๏ธโฃ ๐๐ผ๐ป๐๐
Setiap tahun kerajaan pasti akan memberikan imbuhan tambahan kepada penjawat awam. Ini adalah sebagai tanda penghargaan ke atas perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat Malaysia.
9๏ธโฃ ๐๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป
Dari aspek kesihatan, kakitangan kerajaan tidak perlu bimbang dari segi kos perubatan sekiranya mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan. Malah Hospital Kerajaan sentiasa sesak dan harus menunggu jika perlu rawatan pakar. Sebagai Penjawat Awam anda juga boleh memilih kad perubatan yang khas untuk penjawat awam bagi mendapatkan rawatan yang lebih komprehensif and segera di hospital swasta. Kad Perubatan Medikad Penjawat Awam merupakan suatu skim perubatan yang mempunyai caruman yang rendah, had penggunaan yang tinggi!
๐ ๐ ๐ฎ๐ป๐ณ๐ฎ๐ฎ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฒ๐น๐๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฑ๐ฒ๐ธ๐ฎ๐
Kelebihan kerja kerajaan yang terakhir adalah dari segi manfaat kepada keluarga terdekat seperti ibu, ayah, isteri dan anak-anak. Sekiranya keluarga terdekat seperti ibu, ayah, isteri atau anak-anak menghadapi masalah kesihatan, penjawat awam tersebut hanya perlu menggunakan surat GL (Guarantee Letter) sebagai tukaran untuk pembayaran segala kos rawatan termasuk pembedahan di Hospital Kerajaan.
Itulah 10 kelebihan kerja kerajaan yang menyebabkan ramai orang berpusu-pusu untuk bekerja di sektor awam. Walau bagaimanapun, apa yang penting adalah setiap pekerjaan hendaklah dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab dan berintergriti.