Bintik-bintik Gatal Dyshidrotik Ezcema

DYSHIDROTIC EZCEMA. 

(post ni bukan jual produk,sila baca habis ya😊)

Pernah kena bintik2 gatal ni tak? Nampak kawan belah group post td, tengok ramai juga org kena benda ni. So tergerak hati nak sharing manatau dapat membantu kan 😊 sila baca habis ya.

Ini sekadar perkongsian dari pengalaman saya sendiri. Saya pernah kena sakit ni dalam 2-3 tahun on off. Maksudnya, sembuh pastu datang balik. Nak sembuh memang kena tunggu lama la tapi bila sembuh kejap ja pastu datang lagi. Gatal ni pindah randah tangan kiri ke kanan kadang2 kedua2 tangan kena hampir seluruh jari. Itu disebabkan cecair dari bintik2 tu la. Bila bintik2 tu pecah kulit gatal dan kering dan merekah. Sakit gila!! 😵

Ok, point utama yang saya nak kongsikan. Disebabkan hampir semua ubat saya dah cuba kecuali injection klinik swasta. 

Saya pun korek FB dan GOOGLE. So, masalah saya adalah disebabkan bahan2 pencuci yang mengandungi ANTI BAKTERIA (ANTI-BAC) seperti pencuci pinggan, baju, shampoo, shower cream, sabun dan lain2. Jadi saya tukar kepada yang tidak mengadungi anti bakteria. Bahan2 pencuci ni kita guna hari2 so mungkin tak ada kesan bila pakai tetapi..bila pegang/makan seafood maka terjadi chemical reaction dan tangan/kulit pun start naik bintik2 gatal ni. 

Macam saya, memang tak boleh makan seafood,telur,ikan bilis. Tak boleh pegang/cuci  sayur yang pahit atau bergetah.

Selepas menukar produk bahan pencuci, kesannya dah 1 tahun lebih saya sembuh. Kalau kena pun saya dah tak sapu ubat sebab boleh sembuh sendiri dengan cepat. Yala, kan kadang2 kita pg kedai makan, rumah org atau tandas mall kita tak tau sabun apa yg dorang sediakan. 

Ubat sapu Dermapro gambar kat bawah tu ubat yg saya selalu guna dulu, kesan sembuh sangat cepat 1-3 hari tp kawan yg kerja farmasi nasihatkan tak boleh sapu hari2 sebab kulit akan menipis. 

Nah, ini sekadar perkongsian ya.. Kalau nak cuba silakan sebab kita tukar produk bahan cucian ja pun. Kalau berkesan syukur la kan. Terima kasih rajin membaca.

Semoga bermanfaat 😊

Credit By: kotakinabalukini