10 Info Tentang Kuih Kalakatar Orang Banjar

Kuih kalakatar orang Banjar

1. Kuih Kalakatar hanya terdapat dan dijual oleh masyarakat Banjar di Daerah Kerian (Utara Perak) sahaja.
2. Pernah mendapat liputan pembuatan kuih Kalakatar di Majalah 3 tahun 2007 atau 2008 dahulu.
3. Kuih Kalakatar sangat terkenal di sekitar Daerah Kerian sehingga orang selain Banjar turut mencarinya.
4. Memandangkan kuih Kalakatar tidak terdapat di kawasan lain termasuklah Banua Banjar Kalimantan Selatan, pencipta awal resepi kuih kalakatar ini masih MISTERI.
5. Asal-usul nama kuih Kalakatar disebut dan kaitannya masih tidak diketahui secara tepat.
6. Uniknya kuih ini menggunakan bahan isi kelapa muda termasuklah airnya.
7. Boleh dimasak secara bakar atau kukus, tetapi kaedah bakar lebih popular.
8. Pada hari biasa dijual di sekitar Pekan Batu 5 dan pekan berdekatan yang lain seperti di Masjid Tinggi Bagan Serai, malah bertambah pada bulan puasa. 9. Harga biasa sepotong 40-50 sen. Harga seperiuk besar RM20 ke atas.
10. Air dan isi kelapa muda membuatkan rasa kuih Kalakatar sangat unik banding kuih yang lain.