Borang Skor PBPPP Autokira Excell 2023

PENILAIAN PERTAMA PBPPP TAHUN 2023
Pelaksanaan Penilaian Pertama PBPPP bagi tahun 2023 telah bermula pada 03 April hingga 27 Jun 2023.
Mohon Pegawai Penilai (PP) yang dilantik menyemak serta memastikan senarai Pegawai Yang Dinilai (PYD) di bawah seliaan, paparan borang skor PYD dan instrumen PYD adalah TEPAT berdasarkan bidang tugas PYD.
Mohon pastikan perbincangan antara PP dan PYD penetapan sasaran keberhasilan PYD turut dilaksanakan.

Apakah maksud PBPPP ini?
Penilaian ini merupakan suatu penilaian berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) berdasarkan standard prestasi yang telah ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 –2025.

Apakah PBPPP KPM?
PBPPP adalah penilaian yang memberi fokus kepada penilaian dan pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
Sistem yang digunakan adalah sistem ePrestasi. ePrestasi merupakan satu aplikasi KPM di bawah Sistem Maklumat Guru, dimana sebelum ini penilaian guru menggunakan sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), kini guru akan dinilai menggunakan instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) yang mana telah dilaksanakan sepenuhnya bermula 2016.

Berikut merupakan Borang Skor PBPPP Autokira Excell 2023 yang boleh dimuat turun di sini

Borang Skor PBPPP Autokira Excell 2023