Uniknya Daerah Kerian Yang Ramai Tak Tahu
1. Dalam 1 hari, boleh makan di 3 buah negeri
-‘breakfast’ di Nasi Kuning, Kampung Melaka, PERAK
-‘lunch’ di Warung Maksu, Permatang Tok Mahat, PULAU PINANG
-‘dinner’ di Nuri Tomyam, Bandar Baharu, KEDAH
2. Terdapat cerita klasik tentang ban yang pecah disebabkan memakan harta anak yatim. Sawah padi telah ditenggelami air laut, tali air sawah masih kelihatan sehingga kini ketika air laut surut. Kini, BAN PECAH menjadi tarikan pemancing ikan. Setiap tahun akan diadakan pertandingan memancing ikan di sini.
3. Terdapat pasar ‘international’ yang dikenali sebagai PASAR KEMBOJA yang menjadi tarikan pengunjung dari seluruh Malaysia untuk membeli tudung, kain pasang, pakaian wanita dan macam-macam lagi dengan harga borong dan murah. Pasar ini juga sangat unik kerana pada masa yang sama peniaga berniaga di 2 buah negeri iaitu PERAK dan PENANG.
4. Di Kampong Dew, Selinsing. Terdapat kelip-kelip yang boleh dilihat pada waktu malam dengan menaiki bot dari jeti Kampung Dew.
5. Di Kuala Gula, terdapat santuari burung dan hutan paya bakau. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen.
Setakat ini dulu untuk perkongsian. Jika ada yang anda ingin kongsikan tentang uniknya daerah Kerian boleh kongsikan di ruangan komen di bawah…