Merujuk kepada surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3/2010 bertarikh 29 September 2010 mengenai pelaksanaan sistem epenyata gaji dan elaporan, penyata gaji bulanan, penyata pendapatan tahunan dan laporan bulanan pejabat perakaunan mulai Oktober 2010 tidak akan dihantar oleh Pejabat Perakaunan kepada pengguna dengan berkuatkuasanya pelaksanaan sistem ePenyata Gaji dan eLaporan dari tarikh surat pekeliling tersebut.
Langkah Satu
Bagi pelawat yang baru pertama kali sampai ke laman tersebut, apa yang perlu dilakukan adalah dengan klik ke link Pertama kali Mendaftar untuk proses pendaftaran yang mudah dan ringkas.
Untuk pendaftaran, isikan segala maklumat yang diperlukan dengan tepat sebagaimana yang diperlukan oleh borang pendaftaran di bawah ini:
Sekiranya ada dikalangan penjawat awam yang masih belum jelas mengenai di mana nak dapatkan nombor gaji, nombor tersebut boleh diperolehi dengan merujuk kepada slip gaji bulanan yang diedarkan oleh jabatan masing-masing.
Setelah selesai urusan pendaftaran, pengguna boleh terus log in ke dalam sistem e-penyata gaji dan laporan tersebut dan paparan dashboard sistem tersebut adalah sebagaimana yang dijelaskan melalui gambar di bawah ini:
Melalui dashboard ini pengguna boleh memilih untuk mengemaskini profil, tukar kata laluan dan sebagainya.
Untuk urusan pencarian penyata gaji bulanan dan juga penyata pendapatan tahunan, pengguna boleh klik di link yang telah disediakan mengikut keperluan masing-masing.
Pengguna juga boleh memuat turun dan juga cetak salinan penyata gaji dan penyata pendapatan tahunan tersebut yang disediakan dalam format pdf.
Pelaksanaan sistem epenyata gaji dan elaporan ini juga tertakluk kepada:
- Pengguna boleh memuat turun daripada Sistem, Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan tahun semasa sehingga Jun tahun berikutnya. Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan boleh dimuat turun dari sistem bagi bulan semasa sehingga bulan ketiga berikutnya.
- Pengguna Sistem hendaklah mematuhi terma rujukan Pengguna Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan yang dilampirkan.
- Setiap pengguna Sistem yang berdaftar hendaklah memastikan maklumat peribadi tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jabatan Akauntan Negara Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang manipulasi ke atas maklumat yang disampaikan melalui Sistem. Kesahihan maklumat di Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan adalah di bawah tanggungjawab Pegawai Pengawal atau Ketua Jabatan.
Nota: Berdasarkan semakan akses ke laman Jabatan akauntan negara agak sukar pada masa ini, mungkin disebabkan terlalu ramai pengguna sedang menggunakan laman tersebut untuk tujuan pendaftaran dan juga muat turun penyata gaji masing-masing. Langkah yang boleh diambil adalah dengan cuba melayari laman berkenaan bukan di waktu puncak.
oh mcm tu rupanya. senang nya buat
menarik ni
senang amendenye lagi menyusahkan adalah , line x de haru nak print slip gaji pun susah contoh nya skg nih hampeh sungguh
ingatkan dengan adanya kemudahan internet ni nak ambil slip gaji lagi senang rupanya bertambah susah , baik di kekalkan aje sistem lama nak slip gaji tunggu aje pejabat keluarkan lagi mudah
Jangan risau. Jabatan Akauntan Negara sentiasa menambah baik sistem yang sedia ada. Kita perlu menerima perubahan seiring dengan teknologi sekarang.