Untuk menggunakan sistem SPdPR KPM, Penolong Kanan Pentadbiran perlu daftar masuk SPdPR KPM dan mendaftar semua kelas di sekolah sebelum guru boleh membuat pengisian laporan PdPR. Cara untuk mendaftarkan kelas SPdPR adalah berikut:
- Untuk mendaftar kelas, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan klik menu daftar kelas dan selepas itu anda perlu isi segala maklumat yang diperlukan
- Kemudian, anda perlu mengisi nama Kelas. Ia perlulah bermula dengan angka (contoh 1 Bestari)
- Selepas selesai mengisi perkara di atas, anda perlu mengisi pula bilangan murid berdasarkan rekod yang terdapat di dalam APDM
- Bagi kelas gabung,nama kelas perlu ditulis seperti 1 Bestari Bijak Cerdik
- Selepas itu, anda perlu mengisi bilangan murid pula berdasarkan 3 kelas tadi.
- Pendaftaran kelas hanya perlu dilakukan sekali sahaja oleh PK Pentadbiran atau guru yang melaksanakan kelas gabungan.
Setakat hari ini 25 Mei 2021 jam 11.45 pagi. Sistem ini mengalami gangguan semasa diakses.


Server spdpr telah dinaik taraf dan menjadikan sistem lebih cepat diakses. Tahniah !!! diucapkan