{"id":1851,"date":"2010-08-13T23:30:00","date_gmt":"2010-08-13T15:30:00","guid":{"rendered":"https:\/\/azman.cyou\/10-adab-adab-ketika-berpuasa-di-bulan-ramadhan\/"},"modified":"2010-08-13T23:30:00","modified_gmt":"2010-08-13T15:30:00","slug":"10-adab-adab-ketika-berpuasa-di-bulan-ramadhan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/azman.cyou\/blog\/10-adab-adab-ketika-berpuasa-di-bulan-ramadhan\/","title":{"rendered":"10 Adab-Adab Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan"},"content":{"rendered":"<div align=\"center\">SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH<br \/>disaring dari kitab \u2018Nasihat Agama dan Wasiat Iman\u2019<br \/>karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H)<\/p>\n<\/div>\n<p><a href=\"http:\/\/2.bp.blogspot.com\/_VnXao0dfJcM\/TGVlswcLEXI\/AAAAAAAAAFM\/YU9H0mPTuOs\/s1600\/rambupuasa1.jpg\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><img decoding=\"async\" id=\"BLOGGER_PHOTO_ID_5504917939122016626\" style=\"DISPLAY: block; MARGIN: 0px auto 10px; WIDTH: 400px; CURSOR: hand; HEIGHT: 376px; TEXT-ALIGN: center\" alt=\"\" data-src=\"http:\/\/2.bp.blogspot.com\/_VnXao0dfJcM\/TGVlswcLEXI\/AAAAAAAAAFM\/YU9H0mPTuOs\/s400\/rambupuasa1.jpg\" border=\"0\" src=\"data:image\/svg+xml;base64,PHN2ZyB3aWR0aD0iMSIgaGVpZ2h0PSIxIiB4bWxucz0iaHR0cDovL3d3dy53My5vcmcvMjAwMC9zdmciPjwvc3ZnPg==\" class=\"lazyload\" \/><\/a><br \/>Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;<\/p>\n<p>i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,<\/p>\n<p>ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara\u2019 dan yang sia-sia,<\/p>\n<p>iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih,<\/p>\n<p>Ulama silam pernah berpesan : \u201cApabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?\u201d Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.<\/p>\n<p>iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : \u201cRamai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!\u201d [an-Nasaei]<\/p>\n<p>Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : \u201cPuasa itu adalah \u2018 perisai\u2019, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : \u201cSaya sedang berpuasa\u201d. [al-Bukhariy dan Muslim]<\/p>\n<p>v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.<\/p>\n<p>vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.<\/p>\n<p>Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, ni\u2019mat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya.<\/p>\n<p>Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakananya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah swt.<\/p>\n<p>Sabdanya : \u201cTakungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya\u201d [ Ahmad dan at-Tarmiziy].<\/p>\n<p>Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut : \u2018Sekiranya perutmu kenyang angota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang\u2019.<\/p>\n<p>As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.<\/p>\n<p>vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.<\/p>\n<p>viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.<\/p>\n<p>Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.<\/p>\n<p>Sabdanya : \u201cUmmatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur\u201d. [Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim].<\/p>\n<p>ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : \u201cSesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)\u201d. [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah].<\/p>\n<p>x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.<\/p>\n<p>Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Tarawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Tarawih mereka kerana meninggalkan \u2018wajib-wajib\u2019 solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku\u2019 dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.<\/p>\n<p>Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, ruku\u2019, sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.<\/p>\n<p>Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 10 rakaat. Sabdanya saw : \u201cApabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman\u201d [an-Nasaei].<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIHdisaring dari kitab \u2018Nasihat Agama dan Wasiat Iman\u2019karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H) Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ; i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena&#8230;<\/p>\n<p class=\"more-link-wrap\"><a href=\"https:\/\/azman.cyou\/blog\/10-adab-adab-ketika-berpuasa-di-bulan-ramadhan\/\" class=\"more-link\">Read More<span class=\"screen-reader-text\"> &ldquo;10 Adab-Adab Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan&rdquo;<\/span> &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[409,407,410,412,408,411],"tags":[],"class_list":["post-1851","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-adab-berpuasa","category-batal-puasa","category-beramal-ketika-berpuasa","category-kifarah-puasa","category-puasa-sunat","category-syarat-sah-puasa"],"featured_image_src":"","featured_image_src_square":false,"author_info":{"display_name":"azmansulaiman","author_link":"https:\/\/azman.cyou\/blog\/author\/azmansulaiman\/"},"rbea_author_info":{"display_name":"azmansulaiman","author_link":"https:\/\/azman.cyou\/blog\/author\/azmansulaiman\/"},"rbea_excerpt_info":"SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIHdisaring dari kitab \u2018Nasihat Agama dan Wasiat Iman\u2019karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H) Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ; i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena...<p class=\"more-link-wrap\"><a href=\"https:\/\/azman.cyou\/blog\/10-adab-adab-ketika-berpuasa-di-bulan-ramadhan\/\" class=\"more-link\">Read More<span class=\"screen-reader-text\"> &ldquo;10 Adab-Adab Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan&rdquo;<\/span> &raquo;<\/a><\/p>","category_list":"<a href=\"https:\/\/azman.cyou\/blog\/category\/adab-berpuasa\/\" rel=\"category tag\">adab berpuasa<\/a>, <a href=\"https:\/\/azman.cyou\/blog\/category\/batal-puasa\/\" rel=\"category tag\">batal puasa<\/a>, <a href=\"https:\/\/azman.cyou\/blog\/category\/beramal-ketika-berpuasa\/\" rel=\"category tag\">beramal ketika berpuasa<\/a>, <a href=\"https:\/\/azman.cyou\/blog\/category\/kifarah-puasa\/\" rel=\"category tag\">kifarah puasa<\/a>, <a href=\"https:\/\/azman.cyou\/blog\/category\/puasa-sunat\/\" rel=\"category tag\">puasa sunat<\/a>, <a href=\"https:\/\/azman.cyou\/blog\/category\/syarat-sah-puasa\/\" rel=\"category tag\">syarat sah puasa<\/a>","comments_num":"0 comments","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/azman.cyou\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1851","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/azman.cyou\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/azman.cyou\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/azman.cyou\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/azman.cyou\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1851"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/azman.cyou\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1851\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/azman.cyou\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1851"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/azman.cyou\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1851"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/azman.cyou\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1851"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}