Resepi Kuih Kalakatar Orang Banjar

Resepi Kuih Kalakatar orang Banjar

Kuih Kalakatar amat sinonim dengan masyarakat orang Banjar di Malaysia. Rasanya yang manis dan lemak amat disukai oleh semua golongan. Tak kira oleh orang tua, termasuk juga kanak-kanak menyukai kuih kalakatar ini. Semenjak kuih kalakatar masuk dalam Majalah TV3, ramai orang yang ingin mencuba untuk membuat kuih kalakatar ini. Di bawah, adalah resepi kuih kalakatar orang banjar.

Bahan-bahan:
1 ½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 biji telur
5 ½ cawan air kelapa muda
2 cawan isi kelapa muda – hiris nipis
½ sudu kecil garam

Cara cara:
Satukan semua bahan kecuali isi kelapa muda. Kacau rata dan tapis untuk pastikan tiada tepung yang berketul.

Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau sekadar keluar wap.

Tuang adunan ke dalam loyang saiz 10″x10″ yang telah dilenser dengan minyak. Tabur isi kelapa muda yang dihiris nipis.

Bakar pada suhu 200C selama 90 minit. Bakar sehingga kuih kelihatan keperangan di permukaan atas. Nota: saya tambah lagi 15 minit.

Nota:
Jika suka kuih yang keras dan boleh dipotong, guna 5 cawan.

Jika adunan lembik, masukkan dalam peti ais dahulu sebelum dipotong. Boleh sediakan petang atau malam untuk dihidangkan dimakan sebelah pagi.

Saya guna 2 biji kelapa muda.

Masa depan, saya ingin guna sukatan air kelapa hanya 4½ -5 cawan sahaja. Manakala gula dikurangkan ke ¾ cawan.

0 Comments on “Resepi Kuih Kalakatar Orang Banjar