Pengenalan Kepada Headcount
Apa Itu Headcount
Strategi headcount akademik memberi fokus kepada data secara diskrit dalam melihat pencapaian dan perkembangan murid. Maklumat tersebut dianalisis sepanjang murid berada di sesebuah sekolah supaya prestasi mata pelajarannya dapat dikenalpasti. Pengesanan ini berkait rapat dengan usaha meningkatkan potensi murid, pencapaian mata pelajaran dan pencapaian sekolah secara keseluruhan.
Istilah Headcount bermaksud : βAn inventory of people in a group taken by counting individuals.β. yakni mengenal pasti bilangan individu dalam sesebuah kumpulan, organisasi atau institusi. Dalam konteks strategi akademik; Headcount didefinisikan sebagai satu proses mengenal pasti potensi akademik dan potensi kerjaya setiap murid mulai tahun satu hingga tahun enam di sekolah rendah dan tingkatan satu hingga tingkatan enam disekolah menengah.
Berdasarkan strategi tersebut pengukuran dan penilaian dianalisis secara terperinci dan menyeluruh dengan tujuan untuk mengesan perkembangan potensi murid dalam penguasaan bidang akademik. Pengesanan tersebut disusuli dengan menentukan pendekatan pengajaran yang boleh membantu ke arah penambahbaikan pembelajaran murid.
Istilah Dan Asas Headcount
TOV (Take Off Value) bermaksud nilai letak kerja seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti hasil pembelajaran (pencapaian akademik) dalam setiap mata pelajaran.
ETR (Expected Targeted Result) bermaksud sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk kepada sesuatu penilaian atau berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir.
OTR (Operational Targeted Result) bermaksud hasil pembelajaran yang disasar berasaskan TOV dan ETR yang ditetapkan.
Contoh: OTR1 dan OTR2.
OTI (Operational Targeted Increment) bermaksud peningkatan hasil
pembelajaran yang disasarkan.
Contoh:
AR (Acquired Result) bermaksud hasil pembelajaran yang sebenar diperoleh pada beberapa peringkat peperiksaan.
Contoh:
Markah TOV (Take Off Value) SK Kampung Dew 2010
Tahun 2 – muat turun (klik disini)
Tahun 3 – muat turun (klik disini)
Tahun 4 – muat turun (klik disini)
Tahun 5 – muat turun (klik disini)
Tahun 6 – muat turun (klik disini)
tq