Pelakon yang popular pada tahun 1980an iaitu Azmil Mustapha atau lebih dikenali sebagai Ali Setan baru saja menghembuskan nafas terakhir di kediamannya Seksyen 9, Shah Alam jam 1 petang tadi. Beliau meninggal dunia akibat komplikasi serangan jantung yang telah beliau hidapi beberapa tahun dulu.
Azmil Mustapha kini merupakan seorang pendakwah bebas yang banyak menyampaikan ceramah-ceramah agama disekitar Shah Alam.
Al-Fatihah.. perginya seorang artis yang memberi contoh yang baik dihujung kariernya. Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.