2019 visa

Cara Apply E-Visa Ke Arab Saudi Dan Umrah DIY

UMRAH DIY DAH LEGAL SEKARANG!
cepat apply visa. siap boleh jalan2 ke seluruh Saudi Arabia πŸ‡ΈπŸ‡¦

Masjid Nabawi, Madinah

VISA Pelancong Arab Saudi 2019/2020 sekarang dibuka❗️❕❗️

Baru lepas apply 2 hari lepas e-visa ke Saudi Arabia dan prosesnya sangat mudah melalui portal online sahaja. Bagi sesiapa yang berhajat, boleh cuba sendiri dan nikmati percutian ke seluruh daerah saudi + paling best, visa tersebut juga boleh untuk menunaikan Umrah bagi muslimin.

Beberapa maklumat lain :

βœ… Terus dapatkan maklumat dan memohon visa di laman web online : https://visa.visitsaudi.com
βœ… Semua boleh boleh melawat, tetapi yang bukan Islam tak boleh masuk Makkah dan Madinah
βœ… Tidak perlukan mahram
βœ… Umrah dibolehkan , alhamdulillah (ini boleh buat umrah DIY secara legal, you book hotel, you book flight, dengan pilihan dan aturan tersendiriπŸ˜‰)
βœ… Harga : sekitar 470 Saudi Riyal
βœ… Maklumat penerbangan tidak diperlukan
βœ… valid untuk tempoh setahun,
βœ… kemasukan berulang sepanjang setahun
βœ… namun had jangka waktu berada di Arab Saudi 90 hari
βœ… terbuka untuk sendiri atau berkumpulan
βœ… had usia 18 tahun dan kebawah mesti dibawah tanggungjawab.

Sedikit tatacara permohonan eVisa di web:
1️⃣ Daftar log in – sangat secure web tersebut kerana mempunya verification code dan had masa.
2️⃣ Gambar mestilah jelas dan latar belakang putih (standard pic passport nak g umrah, dlm format JPEG)
3️⃣ Isi maklumat peribadi dan passport lengkap.
4️⃣ Maklumat tarikh expected arrival – jangkaan ketibaan
5️⃣ tujuan melancong, samaada atau keseluruhannga untuk :
a) event, b) family& relatives, c) leisure, d) umrah
6️⃣ Maklumat menetap di saudi: Hotel atau residential.
7️⃣ Medical insurance
8️⃣ Term and condition
9️⃣ Review applications
πŸ”Ÿ PAYMENT: thru debit @ credit card πŸ’³.
11. Settle dan tunggu proses untuk granted visa dalam tempoh yang ditetapkan. (depands, i punya dapat dalam tempoh 1 hari bekerja)

Baca juga mengenai cara mengisi borang e-visa

Bagi sesiapa yang mempunyai kenalan atau ahli keluarga di bumi Saudi, inilah masanya untuk menjadi tetamu mereka. Cepat apply sebelum visa tersebut ditutup atau dihadkan. Selamat berumrah dan musafir. Sharing is Caring πŸ˜‰

Sumber FB

.